Selamat Datang Ke Paku Laris
Paku Laris Group merupakan Kontraktor Reka dan Bina Banglo ‘Custom’ No 1 di Kelantan. Paku Laris Group mula beroperasi pada awal tahun 2008 dan berpengalaman lebih 15 tahun sebagai kontraktor bina rumah di Kelantan. Paku Laris Group terdiri daripada Paku Laris Properties yang merupakan pemaju perumahan, Paku Laris Home Builders yang merupakan Kontraktor Banglo dan Paku Laris Home Center yang merupakan pembekal bahan binaan.
Sejarahnya, Dato’ Mohd Azman (Abe Mea) dan Datin Janaiyah (Kak Ain) Pengasas dan Pemilik Bersama Paku Laris Group telah membina sebuah banglo setingkat di Lot PT 4788, Taman Seri Rebana Machang pada Mei 2008. Banglo empat bilik tidur berkeluasan 1538 kaki persegi telah berjaya disiapkan pada Oktober 2008 dan kemudiannya dijual kepada pelanggan pertama pada November 2008.
Berdasarkan kejayaan pembinaan dan penjualan banglo pertama tersebut,maka Klaskon Builders telah ditubuhkan pada 25 Januari 2009 supaya segala urusan perniagaan dapat dirancang, diurus dan dimajukan lagi dengan lebih teratur dan berdaya maju. Begitu juga, demi untuk memantap dan memperkembangkan lagi perniagaan, Paku Laris Properties Sdn Bhd ( PLP ) telah ditubuhkan pada 3 Julai 2012. Paku Laris Home Builders Sdn Bhd ( PLHB ) telah ditubuhkan pada 14 Februari 2014. Sehingga September 2021, Paku Laris Group telah berjaya menyiapkan lebih daripada 50 banglo dan vila di seluruh Kelantan dan Besut.
Bagi memenuhi kehendak pelanggan yang ingin membina banglo sendiri, Paku Laris Home Centre (PLHC) telah ditubuhkan dan mula beroperasi pada 17 Ogos 2015. PLHC ialah pusat setempat yang menjual dan membekal bahan binaan banglo seperti kayu, perkakasan dan bahan binaan serta kemasan.
Paku Laris Properties Sdn Bhd telah berjaya menyiapkan Projek Perumahan Damaisari Residence Seri Rebana dan Machang Fasa 1 & 2. Pada masa ini, PLP sedang giat membangunkan projek Damaisari Residence Machang Fasa 3 dan juga Damaisari Residence Tanah Merah. Pada masa hadapan, PLP merancang untuk membangunkan Projek Rogajaya – Beach Resort & Residence (Anggaran GDV: RM130 juta) dan juga Kuala Besut Water Front – River Front Resort & Seniors Living Project.